Sabtu, 23 Februari 2013

Lupa Atau Buat-buat Lupa

Lama sangat aku tak tulis dekat blog ni. Macam dulu-dulu la jugak. Masa adalah musuh utama manusia. La ni aku dah kerja di tempat baharu. Semua yang baharu. Skop kerja, kekawan, persekitaran, cara kerja dan pendek kata, semuanya baharu.........

Dari tempat kerja baharu ni la aku kena pergi lagi sekali ke Kursus Bina Negara, yang telah pun aku hadiri buat sekian kalinya. Bezanya dulu tu dekat Kem Bina Negara Ulu Seperi, Negeri Sembilan, tapi sekali ni di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Walau bagaimana pun, suasana dan reka bentuknya adalah seakan-akan sama.

Semua orang tahu, kalau mai saja Kem Bina Negara atau orang panggil BTN, tentang politik dan pemerintahan negara. Kerajaan yang memerintah hari ini. Dan, inilah juga tujuan kem ini dibina. Mengekalkan kerajaan yang memerintah hari ini.

Semasa PKPK, atau sesi perbincangan, semua orang akan mengeluarkan pendapat berkaitan politik semasa.  Yang baru menyertainya, beria-ia memberikan pendapat. Timbui la urat tengok aku tengok! Dalam hati aku, nak tergelak pun ada, bukan sebab apa. Sebenaqnya, apa yang hang dok cakap tu, cuma habis dekat situ sahaja. Tak ke mana pun. Yang aku tahu, tujuan diadakan sesi itu ialah untuk  'taging' kita sama ada kita menyokong atau menentang kerajaan. 

Kalau kita tengok dekat sana, ustaz ka, sapa ka, bercakap semuanya menyokong tak sangga. Lagi pun kita kena faham, itu la periuk nasi depa. Cara depa cari makan. Kalau dalam kuliah subuh ka maghrib ka, ustaz yang bagi ceramah tu akan mencari ayat-ayat yang berkaitan dengan depa saja. Yang kena dengan ideologi depa saja. Yang macam aku yang jahil 2K ni....pakat dok nga-nga saja la.....

Yang dok berdebat tu bukan sebarangan orang. Semua pegawai-pegawai yang besaq-besaq belaka pangkatnya. Gred jangan cakap la. Aku la yang paling lekeh sekali rasanya. Macam-macam yang aku dengaq la... baguih betui depa punya idea. Bernas-bernas belaka. Ada sorang tu.... dari Jabatan la.... Kira bos la bagi kami ni.... Gred pun berpuluh-puluh la..... Kalau berhenti pun boleh jadi wakil rakyat la pendek kata...... Dia cakap yang dia tu betui saja.... Aku cuma dengaq saja la.... sementelah pula 'time' tu aku sakit tekak. Jadi la pulak sebagai alasan aku untuk menyelamatkan diri. 

Bincang punya bincang..... Dah sampai dua hari.... maka sampai la 'time' buat kesimpulan. Macam-macam la yang dibuatnya. Dan, semestinya yang akhir sekali tu.... Kita mesti sokong kerajaan yang sedia ada ini.....

Sehebat mana pun depa dok bincang....tak dak seorang pun yang cakap.... "Kita mesti mencari pemimpin yang meletakkan iman dan islam di hadapan". Tak dak.... dan aku pasti tak dak.... Biaq yang pangkat besaq,  kecik, pegawai, penyelia, dan sebagainya.... Tak dak...... aku pasti tak dak....

Kalau dah "iman" dan "islam" tak letak di hadapan.... macam mana nak jadi macam Rasul SAW  memimpin.
Hang mai kot mana pun tak jadi apa.... yang pastinya jadi macam yang dok ada la ni la.....


Tiada ulasan: