Ahad, 11 Julai 2010

Jalan-jalan Hujung Minggu


Petang semalam, aku sekeluarga berkesempatan ke Putrajaya. Dengaq habaq seronok sangat Pesta Bunga yang sedang berlansung la ni. Kesempatan ni juga, boleh la bawa anak-anak jalan-jalan.

Sempat juga la singgah di Restoran Saba Cyberjaya. Pekena nasik berlauk kambing. Tempatnya tak tau. Nama saja yang tau. 'Sesat barat' juga la dok pi cari tempat ni.

Orang memang ramai di sana. 'Parking' penuh la. Masing-masing ambik kesempatan hujung minggu kot bawa keluarga berjalan-jalan. Paling ramai yang datang semalam ni bangsa Cina. Ada yang bawa ibu dia pakai kerusi roda. Yang duduk atas kerusi roda tu pun dah tak tau apa. Mulut ternganga saja. Ramai juga la yang aku jumpa yang datang anak depa bawa naik kerusi roda ni. Yang Melayunya tak dak pulak aku jumpa, atau mungkin aku tak perasan kot.

Banyak pokok dekat kampung dulu tu tebas sebab buat menyemak kebun saja, tetapi dekat sana jadi duit. Pokok bunga 'Tahi Ayam' pun sepuluh ringgit satu perdu!

Alhamdulillah, dapat la aku bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu.

Rabu, 7 Julai 2010

Rezeki Kita

Bila Angah tolong buatkan Face Book dekat aku, aku pun mula la taip nama kawan-kawan dulu-dulu. Masa belajaq dekat kolej. Nama pun kadang-kadang tak ingat nama penuh. Yang depa bubuh nama penuh tu jumpa la, yang pakai nama samaran ka, bubuh nama yang bukan-bukan tu tak la jumpa. Nak kenai lagu nama.....

Taip nama kawan aku sorang tu, dulu ni dia duduk dekat Perlis. Keluaq la dekat FB nak habaq bagi. Dah dekat 20 tahun tak jumpa kawan ni. Yang boleh kenai tu sebab dia pakai nama penuh, lepas tu bubuh gambaq sekali. Konpom la bila tengok gambaq dia......

Bila ada kesempatan baru ni, aku pun telefon la dia. Rupanya dia dah balik kampung dari tahun 1993 lagi. Dulu tu posting kena dekat Wangsa Maju ni. Depa ni pakat cabut balik awai. Aku pun dulu minta juga nak balik kampung. Tapi minta lagu dok kata la... tak dak sapa nak tolong pun. Kabel apa pun tarak..... Pakai dok tang ni la sampai ke la ni.......

Berjawatan tinggi dah la kawan aku ni. Bahagian naik pangkat lagi dekat Jabatan dia di Perlis nun. Hebat! Sembang la bab kawan-kawan yang lain, yang sewaktu dengannya. Masing-masing dah up-gred dah. Yang ada master pun dah ramai. Termasuk la kawan aku ni. Dulu masa dekat kolej, sama penyigan dengan aku la nak buat assingment. Berkat usaha dia, dah ada master lagi..... Aku ni, yang ada pun baju John Master saja. Tu pun dah lusuh colour dia. Pendek kata masing-masing dah ada kemajuan dalam hidup.

Bila pikiaq sekali, itulah yang dikatakan rezeki. Rukun iman, percaya kepada Qhada' dan Qhadar tu kita kena pegang sungguh-sungguh. Hati mana yang tak terusik kalau orang lain yang dulu kita dok bertepuk tampaq dah maju ke depan, yang kita ni dok takuk tu juga.

Bukan tak usaha. Aku dulu pun minta juga nak sambung belajaq ni. Setiap tahun minta, tapi tak pernah dapat. Nak kata tak layak, sama saja lulus macam depa juga. Macam-macam usaha aku dah cuba, tapi tak dak rezeki. Yang start tak minta tu bila anak-anak aku mula sekolah. Aku kena uruskan anak-anak dulu. Lepas tu bila kata separuh gaji kalau nak belajaq., susah sikit la. Dana tak dak.Nak makan pun tak cukup , macam mana nak separuh gaji? Lepas tu ada juga yang belajaq masa kerja ni. Kalau aku pi, sapa la pulak nak dok tengok anak aku?..... Tu yang tertangguh dulu bab nak sambung balajaq ni.

Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya adalah duit. Keluarga aku bukannya senang. Aku dulu pun nak sekolah kena motong cari duit nak belanja. Motong pokok Tok Din 'Seho'. Tangan penuh getah, pi sekolah naik basikal pulak tu. Sambil kayuh kalut la dok tonyoh tangan. Kadang-kadang getah lekat dekat muka, tak nampak. Kawan-kawan la bagitau. Malu pun ada. Nak buat macam mana. Dapat belajaq dan dapat kerja yang dok ada la ni pun dah bersyukur sangat aku ni. Tak la terlintas lansung nak ada kereta sendiri, dapat beli rumah pondok sebuah. Anak-anak tak sakit demam. Jadi la...... Mungkin tu la rezeki aku kot......

Bila aku perati tengok, kawan-kawan aku tu, depa ada funds yang kukuh. Maksud aku, ibu bapa depa ni dah mampu bagi kemudahan kewangan dan lain-lain untuk depa. Yang ada tanah bendang berpuluh relung, masa tu pun dah ada kereta. Orang tua aku ada gherek tua saja.... Motong pun pawah dengan orang. Kira masa tu boleh makan pun alhamdulillah dah.....

Alhamdulillah la ..... ni la kot rezeki aku. Syukur la dengan apa yang aku ada la ni..... Terima kasih la ya Allah atas nikmat kuniaan-Mu ini.

Isnin, 5 Julai 2010

"Longkai"

Betui ka bunyi dia macam yang aku tulis ni? Lebih kurang macam tu la bunyi dia. kalau nak lari nahu dia pun sikit sangat.

Baru ni ada la sorang kawan aku accident dekat kawasan Bukit Benggali jalan masuk ke Sungai Buaya. Kemalangan tu melibatkan 3 buah kereta. Yang depan brek mengejut, yang belakang bantai la beramai-ramai.

Aku rasa depa ni tak pernah tengok televisyen dulu-dulu ni. Satu ketika dulu tu, dekat televisyen ada kempen keselamatan jalan raya ni. Dia tunjuk macam mana nak memandu dekat atas highway, cara betul untuk mengikuti kenderaan lain atas jalan, macam mana nak memotong. Aku dok ingat lagi. Bukan sebab apa, masa ambik lesen, ada berguna juga la............

Yang menarik pasai kejadian tu ialah ramai yang datang nak bagi pertolongan. Ramai sangat la. Tapi, yang peliknya dekat pinggang masing-masing ada walkei talkie. Kalut la sangat depa ni. Yang jadi polis traffik, yang dok suruh orang ke tepi... macam-macam lagi la. Yang polis betui ni sekoq pun tak dak. Yang lagi best aku dok perati tu, semuanya orang Melayu kita. Hebat! Pakat-pakat pakai rantai baya tali asuh dekat leheaq masing-masing. Dekat lengan ni jangan dok cerita la. Alang-alang orang tak terangkat lengan tu ahhh, dua tiga kati kot beratnya. Pokok kata, sekali tengok mesti gerun punya laaaa. Tak banyak, sikittttt pun mesti gerun punya la. Tak gerun dekat orang, gerun dekat rantai dengan gelang tu

Orang panggil depa ni "Longkai". Depa ni kerja dia dok jadi broker bengkel-bengkel claim insurans kereta. Kalau ada kereta yang accident depa la yang dok berebut nak tarik pi bengkel yang depa kerja tu. Dapat la percent. Ikut jumlah claim kereta tu la. Kalau banyak, besaq la dapatnya. Kerja depa ni ambil keuntungan atas kesusahan orang lain. Ada yang samakan dengan orang korek liang kubur. Bagi aku tak sama. Yang korek liang tu fardhu kifayah, kena korek. Orang bagi duit tu bukan upah. Itu sedekah daripada keluarga si mati. Yang "longkai" ni, memang yang tu depa dok cari.

Kesiannya aku tengok ramai yang jadi "Longkai" ni orang Melayu kita. Yang tarik kereta untuk bank ni pun sama la spesis ni. Dok pakai gelang dengan rantai tu nak tunjuk kata samseng la kononnya. Kalau perati betui-betui ramai yang mengaku depa ni ahli "Tiga Line". PAKEDA ka... apa ka... macam tu la bunyinya. Ada la yang dok tempek stiker warna merah, kuning, hijau dekat kereta depa tu. Setahu aku la, NGO tu untuk bantu hal-hal berkaitan kebajikan orang melayu. Yang peliknya depa ni, samseng dengan orang melayu saja. Dengan bangsa lain tak berani pulak. Kalau accident tu melayu dengan bangsa lain, dia mai tuju yang melayu tu dulu. Dok tekan tengkok nak tarik kereta kita. Mana la kita terkejut trauma dengan accident tadi tu, dia dok pelekoh nak dok tarik kereta ni.......... Amboi makkkkk. Depa ni pun biasanya dah ngam dengan polis. Kautim baik punya......

Aku rasa setakat tu saja la kot boleh "samseng-samseng" Melayu kita ni. Jadi longkai dengan tarik kereta. Bengkel pun bengkel cina, tak dak pun bengkel melayu. Tarik kereka pun makan kamsen dengan cina...... Pokok pangkainya masih jadi "kuli pencanai" la samseng-samseng kita ni....

Sebenarnya kita ada hak kalau kereta kita terlibat kemalangan ke mana kita nak bawa kereta kita ni. Bawa ke bengkel mana, di mana..... itu hak kita. Kita yang bertanggungjawab sebab insurans tu atas nama kita. Tak dak orang boleh paksa kita.

Apa pun yang penting berhati-hati. Kalau dulu orang kata, " Ada udang sebalik batu"..... tapi sekarang " Ada udang sebalik mi... mahai pulak tu" .......




Ahad, 4 Julai 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Hari Sabtu yang lepas,aku berpeluang melawat ke Melaka Bandaraya yang penuh dengan kesan sejarahnya. Sedari dulu lagi, kalau mana-mana sekolah nun jauh dari utara pun akan bercita-cita untuk melawat Melaka. Murid yang dapat ikut sekali tu pun, kembang lubang hidung bila balik ke sekolah. Berkerumun budak lain nak dengaq cerita ke Melaka ni. Maklum la, berapa lama la kena ambil upah kutip sekerap nak kumpul duit nak bayaq tambang. Sebulan dua pun belum cukup nak dok cerita pasai itu. Aku ni dulu tak pernah la merasa nak melawat tempat macam ni. Mana la nak pi korek duit beratus tu nak buat tambang. Belanja sekolah pun belum tentu lepas setiap hari.

Masa dah kerja ni la baru merasa ke sana. Tu pun baru 2, 3 kali saja la. Akhir sekali, seingat aku dah 4 tahun yang lalu. Masa tu, Padang Pahlawan tu tengah dibangunkan. Berselerak dengan pasir dan simen lagi.

Sabtu lalu, bila aku sampai, dah berubah semuanya. Banyak sungguh pembahruan yang dibuat oleh Ali Rustam ni....... Pesat sungguh! Bila sampai bandar Hilir tu, dah dikelilingi bangunan yang entah bila la dibinanya.

Sedang dok perati tu, tiba-tiba ternampak sebungkah batu besar.... Ingatkan menatang apa. Rupa-rupanya tu la A Famosa! Dicelah-celah kepesatan pembangunan bandar Melaka tu, yang tinggal hanyalah seketul batu yang boleh 'ditenggek' orang untuk bergambar dan menjadi bukti yang dia telah sampai ke Melaka. Kalau tak dak batu kota tu, mampuih hidup balik pun orang tak percaya yang hang dah sampai Melaka.

Bagi aku, Melaka dan hilang "aura"nya. Melaka dan hilang "sejarah"nya. Melaka dah hilang nilai "estetika"nya.

Aku bukan cedik pandai. Aku tak dak ilmu perancangan bandar. Aku bukan ahli kaji sejarah. Aku cuma rasa hairan, mengapa tidak boleh sekitar kota itu "dibiarkan" macam dulu-dulu. Bawalah bangunan yang cantik, tersergam indah tu ke tepi sedikit. Biarlah anak cucu kita tahu sejarah negara nanti, jika kita leka dengan kemasyhuran, kekayaan dan tamak akan kuasa, maka tak terlawan takdir Allah ta'ala. Menjadi hambalah bangsa kita lebih daripada 400 tahun lamanya.