Selasa, 6 Februari 2018

Percaya kepada Rezeki

Kampung Baru, Sitiawan, Perak.
Hari Sabtu (03.02.2018) dan Ahad (04.02.2018) baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang balik ke kampung isteri di Kampung Baru, Sitiawan, Perak. Kesempatan bercuti ni sementelah semua anak-anak ada. Anak  yang sulung tu memang kaki memancing. Jadi, dah lama tak memancing katanya. Angah dan Yaya memang mengidam nak mandi kolam renang saja. Maka, balik la kampung tetapi duduk di hotel. 

     Lebih kurang tiga hari along dah siapkan segala kelengkapan untuk 'berperang'. Semua kekili dan diminyakkan supaya tak lekat air masin. Batu ladung, mata kail, tapi perambut, jala, pukat dan tangkul siap sedia. 

     Kalau ikut ilmu orang-orang dulu bagi tahu, air pada 18 hari bulan Islam ni, kurang sesuai untuk memancing kerana air 'beralih nak mati'. 'Air mati' maksudnya air paras air laut tu tak naik dan turun. Pasang dan surat tak ada bezanya. Air beralih nak mati ini, arus kurang. Pergerakkan ikan juga terhad. Walau bagaimana pun, usaha kita perlu untuk pastikan sama ada rezeki tu ada atau tidak. 

     Masa sampai lebih kuran jam 12:00 tengah hari tu pun dan tengok, memang air timpas habis. Nampak beting pasir dan dasar alur sungai Kampung Sitiawan tu. Masa beli umpan umpun-umpun tu pun dan tak nampak air dalam alur dah. Kalau ikut kepada jadual pasang surat air Jabatan Laut, kawasan Lumut akan pasang penuh semula pada jam 7:00 petang. Jadi ada masa lagi untuk buat persiapan. 

     Lebih kurang jam 3:00 petang, rasanya masa yang agak sesuai untuk mula memancing sebab masa tu 'air bunga pasang'. Maksudnya ikan akan ikut pergerakan air ke pantai. Masa yang sesuai untuk memancing di tepi pantai. 

     Segala peralatan dan ilmu digunakan. Memancing dasar, menghanyut, casting ...umpan hidup, umpan tipu (rapala) ...pancing, tangkul dan sebagainya digunakan. Semua ilmu yang ada digunakan sepenuhnya. Gigit pun tak ada ... 

     Ilmu orang-orang tua dulu berpandukan kepada pengalaman hidup mereka. Rezeki adalah ketentuan Allah. Usaha daripada kita. Apa pun, janji Allah adalah yang sebenarnya. Kita merancang, Allah yang menentukan.