Isnin, 14 Februari 2011

Bila Pandang ke Langit, Rumput di Bumi di Lupa Jangan

Rezeki Allah ta'ala siapa pun tak dapat diduga. kadang-kadang kita kata rezeki, tetapi mungkin sebenarnya itu adalah ujian Allah bagi kita. Kita melonjak gembira bila dapat berita yang kita berjaya dalam sesuatu perkara atau naik pangkat. Mungkin orang lain dah bertahun-tahun memohon, tetapi kita cuma sekali sahaja. Tak ka pelik tu.....

Sambil sembang-sembang dengan seorang kawan, maka terkeluarlah cerita tentang seorang kawannya.Ada seorang kawannya, Allah telah berikannya rezeki lebih. Walau pun sama mula kerja, tapi bintangnya bersinar gemerlapan dan awal tahun ni telah dinaikan pangkat. Maka 'senyumlah sampai ke telinga'. Rezekinya....

Apa yang menariknya, tempat kerja kawan tu, ramai yang baru naik pangkat. Masing-masing tengah 'teruja' dengan jawatan masing-masing. Ramai juga kaki tangan yang di bawahnya yang tua-tua. Lagi dua, tiga tahun nak pencen pun ada. Biasa la kalau organisasi tu besar, maka ramailah tenaga kerjanya.

Yang menjadi pokok ceritanya ialah, sekarang ni, orang yang berkuasa tu masing-masing telah mula 'menunjukkan' kuku masing-masing. Tak sampai pun 2 bulan usia mentadbirnya! Siap berborang-borang bagai kalau nak katakan sesuatu. Kena tulis nombor kad pengenalan, nombor fail peribadi dan macam-macam butiran la pokoknya jika tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan daripada pihak pentadbir tu..... Hebat!

Tu la, kata kawan aku tu, mcam depa ni semua tak pernah kerja dari bawah. Mungin masa mula-mula kerja tu terus dapat pangkat. Tak pernah la nak fikirkan kembali masa depa jadi kakitangan bawahan dulu tu.......

Tu la dia hukum alam ni. Manusia macam tu. Kuasa dan wang boleh mengubah manusia. Yang alim pun tercabut serban bila dapat duit dan b***t, kata Pak Hashim!

Aku sentiasa berdoa agar aku tak lupa diri, biarlah tak dak pangkat pun tak pa, tapi aku ada ramai kawan. Kalau pangkat tinggi pun, 'kera sumbang' lebih baik tak payah......


Sabtu, 12 Februari 2011

Tinggal Kenangan


Masa balik cuti Hari Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dengan 'angkatan tentera' mengemas rumah di Bandar Sri Astana tu. Banyak sangat batu kawinya sampai nak tanam apa pun tak boleh. Mau tak mau kena buang semua dulu batu-batu tu, baru la boleh tabuq pasiaq. Bila dah masuk pasiaq, baru la boleh akaq rumpur lekat. Nak serap ayaq. Renyah juga la kerjanya. Kerja berat!

Bila dah siap satu bahagian, aku pun pi la ambiq pasiaq dekat ban pasiaq Lubuk Batu. Selama ni dok dengaq yang ayah aku dok cerita saja banyak tanah orang dah kena 'makan' dengan ban pasiaq ni. Bila aku pi tengok sendiri, baru la terkejut! Memang betui la. Dekat dengan setengah kilometer lebih seluruh tanah dan kebun-kebun orang yang dekat dengan sungai dulu tu dah tak dak! Kebuh Sitopa dah jadi sungai! Tanah Tok Majid Kadei' pun tak nampak butir tanahnya. yang nampak hanya kawasan berayaq luas saujana mata menamdang.

Suatu masa dahulu, sungai tu sungguh cantik! Bila mai musim kemarau saja, ramai yang tunggu. Yang pi berkelah la, yang cari remeih (sejenis siput sungai), yang pi 'menembak ikan' dan macam-macam lagi. Boleh kata sungai itu 'hidup' dengan masyarakat sekeliling. Aku juga selalu ke sungai tu. Kutip pucuk paku, berkelah, 'menembak ikan' dengan Aed Tok Tom. Arwah Tok Tom ni memang kaki mengail. Pernah sekali tu aku dengan arwah adik aku ikut dia pi mengail sampai pukul 4.00 pagi. Ikan baung sungai baya-baya lengan ni jangan cerita la. Lagi satu ikan Tili. Mungkin kalau tunjuk ikan Tili tu dekat budak sekarang ni mau lari tak cukup tanah. Balik bakaq, lepas tu koyak kulit dia. Bubuh garam kunyit, goreng. Kalau arwah mak rajin, dia buat sambal. Macam daging ayang!

Dekat dengan aur buluh tepi tebing tanah Setopa tu la, Aed Tok Tom 'tembak' ikan baung besar betis! Dekat 2 kilo ada la kot. Terus bawa balik bagi dekat arwah Tok Liah. Tak lama lepas tu,
Aed pun menikah dengan Kak Yang!

Masa tu ayaq paip ni tak dak lagi. Sungai tu la tempat ambik ayaq minum dan mandi manda. Ada sorang orang tua dari KEDA Batu 10, Tok Wan Sha'ari, memang tak dapat nak tanding ilmu sungainya. Kalau dia berakit, cuma tujuh batang buluh saja. Kalau kata dia nak makan ikan baung, pakai 'tiruk', pasti baung yang kena! Masa tu pun umuq dia dah dekat 70 tahun, tapi boleh mengayuh ghe'rek lagi. Hebat betui orang tua tu.....

Itu semuanya dulu. La ni dah tak jadi apa dah..... Meluas sayup mata memandang hanya timbunan pasir atas nama pembangunan. Rakusnya manusia membinasakan bumi Allah. Memori itu terus hilang bersama butir-butir pasir bertaburan......


Selasa, 1 Februari 2011

Minyak Naik Lagi?

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
RON 97 naik dulu,
RON 95 kendian.