Isnin, 28 Jun 2021

Tutup Kilang ! ...Tutup Kilang ! ...Tutup Kilang !

Setiap hari kita disajikan dengan statistik Covid-19 daripada seluruh negara. Kalau bukan daripada media arus perdana, ada saja daripada  kawan-kawan kita yang rajin untuk sama-sama mengingatkan kita tentang pandemik ni. 

Ada seorang sahabat aku tidak pernah gagal untuk hantaq dalam group data ni setiap hari. Aku selalu tengok mukim tempat aku tinggal ni saja. Tak pernah pun turun sejak 2, 3 minggu ni. Hari ni saja kes baharu 63 kes. Kes yang dalam tempoh 14 hari tu, jangan la tanya ...beratus-ratus. Mukim Serendah ni adalah penyumbang terbesaq dalam daerah Hulu Selangor bagi kes kumulatif setiap hari. 

Bila sebut saja kluster baharu, yang pastinya tak pernah tertinggal ialah kluster kilang. Dan ...sudah tentu ramai dalam kalangan kita dok kata ...apa la kerajaan ni ...masjid tak boleh pi ...kilang boleh buka ...masjid 6 oran saja ...kilang beratus orang. 

Semua orang boleh beri pendapat. Semua orang boleh bercakap ...ikut pemahaman dan pandangan masing-masing. Siapa yang dengaq pula ...kena la berfikir dengan kebijaksanaan, baru boleh dapatkan kesimpulannya. 

Mungkin aku punya pendapat lain daripada orang lain. Setanding la dengan tahap pemikiran aku ni yang lekeh ni. 

Bagi aku, setiap mulut perlu disuap. Bila perut berlapik makanan, in shaa Allah otak boleh berjalan ...berfikir untuk meneruskan kehidupan. Kalau perut dah lapar, bukan satu tapi 4, 5 mulut, kita pun kadang-kadang hilang pertimbangan. 

Bagi aku, sepatutnya, pekerja-pekerja kilang yang pendapatan mereka bawah RM2,000 sebulan ni yang divaksinkan dahulu. Bukan golongan warga tua. Selepas barisan hadapan frontliner ...bagi dekat depa ni dulu. Sebab, mereka perlu bekerja untuk kelangsungan hidup ...mereka bekerja untuk menyara keluarga dan bila mereka dapat bagi makan dan minum, maka sebahagian tanggungjawab kerajaan dah selesai. Tak perlu lagi bakul makanan. 

Kalau kilang tutup ...berapa banyak mulut yang tak boleh disuap? ...berapa lama kilang tu boleh tahan kalau tak ada produk untuk dijual sedangkan gaji kena bayaq? Macam mana kitaran ekonomi nak berlaku kalau tidak ada aktiviti jual beli ...tak ada duit untuk berbelanja?

Orang kata ..nyawa penting ka ...ekonomi yang penting. Bagi saya ...kita ada pilihan. Kita buat pilihan yang terbaik agar tidak ada yang tertinggal dan untung semua pihak. Yang dikejar dapat, yang dikendung masih ada. 

Jumaat, 11 Jun 2021

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

 Dengan pandemik Covis-19 sekarang ni, akronim PdPR tidak asing lagi untuk semua orang terutama yang ada anak-anak di bangku sekolah. Ramai yang tahu kaedah pelaksaannya. Memang kelam kabut masa mula-mula diperkenalkan dahulu. Bukan sahaja murid-murid, cikgu sendiri pun pening kepala. Ada cikgu yang terpaksa beli laptop second hand untuk buat PdPR ni. Sebelum ni dia sembang pung pang pung pang, lap top pun tak dak. Kalau nak guna komputer, nak isi markah ka ...nak buat kerja online ka ... berebut dengan Pembantu Tadbir di pejabat sekolah. Haahh la ni baru depa ketahuan. Habis belah tabung buluh beli laptop. 

Macam-macam kajian dijalankan oleh pihak KPM untuk memastikan PdPR ni relevan dan boleh diguna pakai mengikut situasi sekarang. Kita pun tau ...dalam socmed pernah keluar cerita ada murid yang terpaksa panjat pokok dan buat run untuk belajar. Masalah talian internet dan tidak kurang pulak yang tidak mempunyai peranti untuk mengikuti PdPR tersebut. Memang kecoh gilerrr masa tu. Ibu bapa pun merungut kerana terpaksa bagi anak-anak guna untuk PdPR dan data depa habis nak layan drama Korea. Walau bagaimana pun. akhirnya kita dah tahu hasilnya. Walaupun murid-murid kita belajar cuma lebih kurang 82 hari daripda 192 hari, Kalau kita tengok dan mengikut analisis KPM, pencapaian anak-anak  di kawasan luar bandar lebih baik daripada kawasan bandar. Maksudnya sekarang ni, dah tercapai la hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar.  keputusannya adalah yang terbaik daripada lima (5) tahun yang lepas. Siapa kata PdPR tak berjaya? ...siapa kata PdPR tu kelam kabut ...dah terbuktikan ???

Berbalik kepada murid-murid yang berada di kawasan luar bandar ditambah pula dengan pendapatan yang kurang atau sekarang ni lebih terkenal dengan gelaran B40 telah menjadi tumpuan utama kepada kerajaan. Justeru itu, PM telah umumkan bantuan peranti untuk golongan ini semasa membentangkan ransangan budget tahun lepas. Selepas tu senyap sekejap perkara ni sehinggalah mantan menteri pelajaran yang disuruh letak jawatan tu 'bertanya' balik perkara ni. Maka, sekali lagi berlaku kelam kabut pihak berkenaan untuk edarkan peranti tu. Maka, pihak KPM keluarkan senarai nama penerima berdasarkan data yang mereka ada. Perlu diserahkan kepada kumpulan sasaran sebelum PdPR 14.06.2021 ni bermula. Katanya jumlah peranti yang akan diedarkan kepada berjumlah 14k rasanya. Katanya ini adalah projek rintis. Kalau berjaya, akan di sambung untuk tahun-tahun berikutnya. Maka dalam keadaan PKP lockdown ni jugalah sekolah kena uruskan. 

Salah sebuah sekolah kawan aku terpilih untuk program ni. Alhamdulillah. Ramai juga yang terima. Jadi berlukus tungkuslah cikgu-cikgu sekolah tu uruskan. Maka pada hari yang ditetapkan,  diedarkanlah kepada semua yang berkenaan. Semua ibu bapa telah dimaklumkan lebih awal sebagai langkah persediaan memandangkan situasi sekarang. 

Oleh kerana setiap yang hadir perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan, maka jadual telah dikeluarkan untjuk memudahkan ibu bapa berurusan. Ada yang sangat menghargai pemberian tersebut dengan ucapan terima kasih berkali-kali. Walau bagaimana pun, sampai satu peringkat, cikgu-cikgu terpaksa bawa peranti ke rumah-rumah untuk diserahkan kepada murid-murid berkenaan. Bila ditanya "..kenapa tak datang untuk ambil?" jawapan yang diteima " ...tak perasan la cikgu' ' ... ouhh kena datang sekolah ambil yaa?' ' ...ingat kejap-kejap lagi nak la pergi'. Macam-macam jawapan dengan alasan helah bela diri yang boleh dikatankan ' ...tidak menghargai' apa yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa ada tanggungjawab berkaitan dengan peranti tersebut. Pagi-pagi lagi cikgu penyelaras dah berikan panduan untuk urusan berkaitan tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang respon dan ambil tindakan. Selebihnya cuma bluetick saja mesej ..tapi tak ada apa-apa tindakan pun. 

Bila difikirkan sekali, betapa bertuahnya anak-anak tersebut berbandingkan dengan kawan-kawan mereka yang sangat memerlukan komputer tu, tetapi ibu bapa berada di dalam ketegori M40. Tak semua M40 mampu menyediakan komputer untuk anak-anak mereka. 

Masa program Komputer 1 Malaysia dulu pun pernah berlaku perkara seperti ni. Ada satu keluarga tu, dapat sampai 3 unit, sedangkan dari segi pembelajaran anak-anaknya agak kurang. Jadi, komputer tu hanya digunakan untuk main 'game' saja. Ada jirannya terpaksa ke pusat internet untuk mendapatkan bahan-bahan nak belajar. 

Rasanya, pihak sekolah lebih afdal untuk menyelesaikan perkara seperti ni ..sebab ' Hanya Jauhari Mengenal Manikam"






Khamis, 10 Jun 2021

Rezeki Anak Zaman Covid-19

 Alhamdulillah ...tadi Menteri Kanan Pelajaran dah umumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk tahun 2020. Purata Pencapaian Nasional adalah yang terbaik daripada 5 tahun yang ke belakang. Tahun sebelum tu, 2019, 4.86 ..mai tahun ni 2020 dapat 4.80. Mata purata ni katanya semakin kecik ..semakin baguih. Jadi, tahun ni lebih baguih daripada tahun 2019 ..lebih baguih daripada 2018 ...dan lebih baguih daripada tiga (3) tahun hat belakang nunn lagi. Sebagai ibu bapa, kita sangat bersyukur dengan pencapaian ni. 

Maksud kata, yang masalah di hadapi oleh KPM sebelum ni ...yang kata PdPR tu kurang berkesan hanyalah andaian masyarakat semata-mata la kan? Sebab ...last result nya dah tentu yang menunjukan output yang kita nak.

Jadi, jangan kita dok percaya tak tentu hala kalau hat yang depa dok kata masalah tu ...masalah ni ...tak elok ...tak betui ...tup tup mai hat hujung tu ...keputusannya SUPERB ,,,

Jumaat, 1 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Hari ni dah masuk hari ketiga bagi Fasa 4 PKP yang telah dilaksanakan di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk mengekang penularan pendamik Covid19. Maka, hari ni dah masuk hari yang ke 45 rakyat Malaysia 'mengurungkan' diri di rumah demi keselamatan diri sendiri, keluarga dan seluruh masyarakat khususnya.

Dalam tempoh tu, banyak perkara yang kita belajar jika kita buka minda dan muhasabah diri kita. Ada macam-macam kita baca dalam kumpulan 'whatsapp'. Peringatan dan pesanan serta nasihat-nasihat daripada bermacam-macam sumber. Yang penting, macam mana kita nak terima dan 'hadam' semua itu agar menjadi panduan dan teladan kepada kita semua.

Bila kita tengok, sekarang ni ramai yang membuat kerja amal dengan berbagai cara. Yang berkemampuan memberikan bantuan barang keperluan dan sebagainya bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Timbul pula macam-macam cerita yang orang dok buat baik ni pun. Macam-macam. Susah juga nak buat baik sekarang ni. Mulut orang kita tak boleh nak dok tutup. Suka hati depa nak kata apa. Bila orang tak setuju dengan depa, mula la nak maki hamun orang tu. Pening kepala kalau dok pikiaq nooo ...

Ini semua kita tak pernah jangka akan berlaku. Hidup ini penuh dengan kejutan dan perkara yang kita tak pernah jangka. Sebab tu, kita sebagai orang Islam percaya kepada Qada dan Qadar. Semua ni dah ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah adalah perancang yang sebaiknya.

Satu saja yang dok dalam kepala aku sekarang ni. Macam mana status gaji kita yang dok terima bulan lepas dengan bulan ni. Nak kira macam mana tu? Macam mana nak menghalalkan gaji tu? Setiap kali kita solat, kita minta Allah berikan rezeki yang halal lagi berkat. Kalau macam ni punya situasi macam mana nak kiranya?

Kalau kita motong getah, senang. Kalau kita juai sekerap tu, kira dah halal dah la pendapatan kita tu. Titik peluh dah keluar dan duit yang kita dapat tu adalah upahnya. Rasa mudah dan senang nak kira.

Tapi, kalau dok pi ambik duit tapi gheja tak dak, nak kita halal macam mana tu? Tak ambik, tak dak nak beli makanan, lepas tu bagi makan anak bini pulak.  Allahu ...semoga Allah ampuni kita semua.

Selasa, 6 Februari 2018

Percaya kepada Rezeki

Kampung Baru, Sitiawan, Perak.
Hari Sabtu (03.02.2018) dan Ahad (04.02.2018) baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang balik ke kampung isteri di Kampung Baru, Sitiawan, Perak. Kesempatan bercuti ni sementelah semua anak-anak ada. Anak  yang sulung tu memang kaki memancing. Jadi, dah lama tak memancing katanya. Angah dan Yaya memang mengidam nak mandi kolam renang saja. Maka, balik la kampung tetapi duduk di hotel. 

     Lebih kurang tiga hari along dah siapkan segala kelengkapan untuk 'berperang'. Semua kekili dan diminyakkan supaya tak lekat air masin. Batu ladung, mata kail, tapi perambut, jala, pukat dan tangkul siap sedia. 

     Kalau ikut ilmu orang-orang dulu bagi tahu, air pada 18 hari bulan Islam ni, kurang sesuai untuk memancing kerana air 'beralih nak mati'. 'Air mati' maksudnya air paras air laut tu tak naik dan turun. Pasang dan surat tak ada bezanya. Air beralih nak mati ini, arus kurang. Pergerakkan ikan juga terhad. Walau bagaimana pun, usaha kita perlu untuk pastikan sama ada rezeki tu ada atau tidak. 

     Masa sampai lebih kuran jam 12:00 tengah hari tu pun dan tengok, memang air timpas habis. Nampak beting pasir dan dasar alur sungai Kampung Sitiawan tu. Masa beli umpan umpun-umpun tu pun dan tak nampak air dalam alur dah. Kalau ikut kepada jadual pasang surat air Jabatan Laut, kawasan Lumut akan pasang penuh semula pada jam 7:00 petang. Jadi ada masa lagi untuk buat persiapan. 

     Lebih kurang jam 3:00 petang, rasanya masa yang agak sesuai untuk mula memancing sebab masa tu 'air bunga pasang'. Maksudnya ikan akan ikut pergerakan air ke pantai. Masa yang sesuai untuk memancing di tepi pantai. 

     Segala peralatan dan ilmu digunakan. Memancing dasar, menghanyut, casting ...umpan hidup, umpan tipu (rapala) ...pancing, tangkul dan sebagainya digunakan. Semua ilmu yang ada digunakan sepenuhnya. Gigit pun tak ada ... 

     Ilmu orang-orang tua dulu berpandukan kepada pengalaman hidup mereka. Rezeki adalah ketentuan Allah. Usaha daripada kita. Apa pun, janji Allah adalah yang sebenarnya. Kita merancang, Allah yang menentukan. 

Rabu, 13 Disember 2017

Orang Kita Nak Berniaga

Bulan November tahun lalu aku upah seorang tukang rumah untuk betulkan perabung rumah di Sungai Petani ni. Perabung bocor kerana pelapik tar telah dimamah usia dan mereput. Berlaku lelehan air dan turun ke bahagian 'plaster ceiling'. Nampak bertompok macam 'air liur basi' saja. 

     Setelah hampir setahun, perkara sama berulang kembali. Jika dahulu, pelapik tersebut menggunakan lapisan tar, tetapi telah ditukar dengan zink dengan harapan lebih tahan lama. Aku ikut sahaja kata tukang rumah tu. Tetapi, tak sampai dua tahun dah bocor semula. 

     Atas dasar ingin tolong 'orang kita' berniaga, aku panggil semula tukang rumah tersebut. Niat bukannya nak komplen atau marah pun. Minta dia tengok semula. Mungkin kerana keadaan cuaca atau angin kuat yang melanda baru-baru ni di kawasan sebelah utara ni yang menyebabkan berlaku kebocoran tersebut. Nak minta tolong tengok semula dan betulkan. 

     Kali pertama telefon, janji nak datang petang. Kita pun tunggu ... dari petang membawa ke malam, langsung tak nampak muka. Sebelah malam telefon, katanya pagi pulak. Sepagi tunggu ... sampai ke petang tak datang-datang. Dalam hati dah mula rasa ...dia ni 'nak makan sekali' saja ni ... 

     Dah 3 hari buang masa, maka aku pun panggil orang lain. Daripada ilmu yang ada pada tukang baharu ni, memang tukang yang pertama tu buat ada salahnya. Tak semua tukang boleh bertukang. Tak semua tukang ada ilmu tentang semua perkara nak buat rumah ni. Kadang-kadang main berani buat saja. Yang jadi masalahnya ialah kita yang punya rumah. Dah bocor dan habis siling rumah berpeta. 

     Maka, bermodal lainlah aku untuk membetulkan semula hasil kerja tukang yang pertama tadi. 

     Sebagai pengajarannya, kita juga perlu ada ilmu dan belajarlah sedikit sebanyak sebelum kita buat sesuatu. Tak salah kalau kita tanya orang benda yang kita tak tahu. Yang salahnya ialah kita takut nak tanya. 

Sabtu, 2 Mac 2013

Cakap Tak Serba Bikin

Kadang- kadang kalau kita dengar dalam kalangan orang yang makan gaji kerajaan, butir bicara mereka tidak lain melainkan tentang gaji saja..... Kalau yang baru sering dok tanya, bila la gred aku  nak naik. Yang dah veteran, selalu bincang, hang lepas ni pi gred berapa.... berapa banyak gaji yang hang akan dapat. Mungkin di tempat lain, lain yang pulak kot. Tapi, tempat aku kerja ni...... inilah aku aku dok dengaq hari-hari.

Aku ni cuma pekerja biasa saja... Kalau orang lain tu DG berpuluh-puluh, yang aku ni DG yang paling 'chokia' la... tak di pandang pun oleh orang lain.

Biasanya, kalau dan DG tinggi melangit tu, kerja pun kena macam tinggi DG tu la jugak kan.... 

Apa yang aku dapat ni macam sebaliknya saja. 

Sekarang ni bukankah zaman teknologi. Arahan dulu ambil masa sampai seminggu untuk bagi surat dan sebagainya. La ni pakai e-mail saja. 

Ada sekali tu, aku hantar e-mail untuk dapatkan maklumat. Ayat yang dikarang tu rasanya budak tadika pun boleh paham apa kehendak aku tu. Lepas semak....semak semula supaya orang mudah nak faham.

Hasilnya sebahagian besaq yang DG melangit ni yang tak faham-faham. Yang Cina dengan India boleh buat elok, yang DG melangit ni tak boleh buat!

Kadang-kadang kita kena padang juga dekat bawah...... Jangan dok dongak ke langit saja. Yang 'chokia' ni la buat kerja kuli untuk naikkan yang DG melangit tu.....