Sabtu, 5 Mei 2012

Makanan atau Takdir

Dah lama sangat aku tak jenguk blog aku ni. Kekangan masa dan ruang waktu yang cukup terhad membuatkan aku "terlupa" seketika untuk mencatat dalam blog aku ni.

Ada orang kata, makanan yang kita berikan kepada anak-anak kita mempengaruhi tingkah laku dan perangai anak kita.Makanan yang kita makan itu jadi darah daging. Sumber yang kita bagi makan tu lah yang pentingnya. Halal dan haram, bagaimana dan caranya..... semua itu diambil kita.

Hati anak-anak ni bersih. Kita la yang meletakkan 'hijab' atau penghalang dalam hati anak kita. Kalau anak-anak kita ni susah sangat nak kita didik dan ajar, kena tengok balik la apa yang telah kita lakukan atau bagi anak- anak kita makan. Dunia hari ni dibalasnya 'cash'. Oang kata COD ( Cash Of Delivery).

Hal ni la mungkin yang buatkan kawan aku pening kepala. Dia ni cikgu dekat Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Ada sekolah baru buka dekat situ. Kawasan perumahan dekat situ adalah kawasan rumah flat. Majoriti masyarakat di situ adalah orang melayu. Golongan pendapatan biasa. Ramai yang bekerja sebagai pekerja kilang, ada yang kerja sendiri dan banyak juga yang tak bekerja. harap yang bini kerja pun banyak juga. 

Mereka di sini lebih suka menunjukkan kedaifan mereka, dan bukan menunjukkan usaha untuk memajukan diri sendiri. Kalau ada pun yang 'lebih sikit' daripada kawan, mereka mula la tunjuk ego. Kalau dah meniaga nasi ayam tu, kira hebat la. Kalau anak kena pulas telinga sikit saja, buat report polis!

Memang susah nak mengajar dekat situ. Kalau murid tahun 4 tu, mentalitinya mungkin setakat tahun satu atau prasekolah sahaja. Budak-budak situ suka bergaduh hal-hal yang kecil-kecil saja. Yang sering jadi puncanya ialah mengejek nama mak bapa atau datuk nenek. Kalau naik tangga, mereka akan 'melolong' bersahut-sahutan. Kerja sekolah, latihan atau buku tulis tu jangan cerita la. Tak bawa, lupa nak buat, tertinggal adalah alasan yang sering terpacul daripada mulut mereka.

Seperkara yang menarik ialah anak-anak yang sering lewat ke sekolah. Waktu persekolahan bermula pada jam 7.15 pagi. Ada yang datang lewat.Biasanya alasan yang diberi ialah lewat bangun pagi. Bila ditanya, ibu lewat kejut, ibu bangun lewat. Yang lebih menarik ialah ibu tak bekerja!

Sekolah menengah di kawasan berkenaan juga memang hebat. Macam-macam cerita tentang anak-anak melayu kita ni. Ngeri dan menakutkan. Semuanya anak-anak orang melayu. 

Semoga Allah peliharakan anak-anak kita daripada semua ini.


2 ulasan:

hadrienpachucki berkata...

Titanium Tinting with the Finest Plastic Tinting in 2021 - The
Titanium titanium ore Tinting with the Finest titanium pipes Plastic Tinting in 2021. Find out about titanium tools our new product, titanium spork Titanium Tinting with the Finest Plastic 2018 ford fusion hybrid titanium Tinting.

Unknown berkata...

e452x7ydqae535 cheap jerseys,wholesale jerseys,wholesale jerseys,wholesale nfl jerseys,nfl jerseys,wholesale nfl jerseys from china,Cheap Jerseys china,Cheap Jerseys china,nfl jerseys,cheap jerseys r947d4mtrby565