Rabu, 1 Jun 2011

Bersatu Teguh

Mungkin kita tidak nampak apa yang peliknya daripada papan iklan di atas. Mungkin ramai yang lansung tak perasan tentang wujudnya papan iklan sedemikian. Aku terpandang semasa dalam perjalanan balik ke kampung melalui jalan persekutuan, di pekan Temoh.

Pekan Temoh terletak atas sedikit daripada Tapah kalau kita dari selatan nak ke utara. Pekannya kecil sahaja dan sempit. Pekan lama..... Tak ramai orangnya dan hampir-hampir usang kedai dan bangunannya.

Setelah aku terpandang papan itu, aku mula perhatikan sekeliling kawasan Temoh ini. Memang benar seperti yang aku sangkakan. Memang banyak kawasan perkuburan cina di sekitar pekan Temoh menghala ke Kampar ini. Tidak kurang daripada lima kawasan perkuburan cina yang luas-luas belaka. Ada yang secara tradisional dan ada yang diuruskan secara profesional. Banyak terletak di sebelah kanan jalan menghala ke utara.

Terdetik di hati aku, betapa mereka ini bersatu dalam apa jua hal sehinggalah kepada perkara yang mungkin kita tak terlintas pun di kepala. Mereka bersatu dalam apa jua supaya suara mereka didengar oleh pihak yang berkaitan.

Teringat aku sewaktu mula-mula belajar berniaga dahulu. Hasad-dengki, tamak-haloba penuh di dada orang-orang melayu (aku pun malu nak mengaku 'melayu'). Bukan hendak beri semangat kepada anak muda macam aku yang mula nak berniaga ni, tetapi diugut dan dimaki takut-takut aku 'mencuri' rezeki depa. Tengok atas kepala, kopiah putih tak lekang! Agama jadi tunggangan sebagai perisai nak bagi nampak alim. Yang aku pasti, dok tengok dia tu sampai la ni dok meniaga macam tu jugak pun. Yang dulu dok kawai sangat. Semua orang tak boleh meniaga. Tak la pulak nampak kaya raya.... pakai kereta besar, duit berjuta-juta pun!

Bezanya orang yang kita kata kafir, dengan orang yang Allah bagi hati dan fikiran serta iman...