Ahad, 24 Februari 2013

Anak Belajar

Hari ini aku sekeluarga berkesempatan untuk menziarai anak-anak aku di sekolah masing-masing. Yang sulung di SM Sains Alam Shah, Cheras dan yang kedua di SM Teknik Kuala Selangor.

Seperti kunjungan sebelum-sebelum ini, isteri aku akan menyiapkan makan dan minum untuk kami sama-sama menikmatinya nanti. Biasanya anak-anak aku ni tak makan dekat Dewan Makan pada hari yang dijanjikan dan setia menunggu air tangan ibu mereka. Biar pun menunya ala kadar, tetapi cukup berselera kami makan bersama.

Dulu cuma seorang sahaja. Jadi, separuh hari sajalah kami akan habiskan masa. Yang sulung tu di Cheras, dan biasanya kami akan ke sana setiap hujung minggu. Sekolah ni berbeza sangat dengan sekolah lain. Susah sangat nak bagi anak-anak balik bermalam. Banyak sangat pantang larang di sekolahnya tu.... tak boleh pakai baju sebarangan. Tak boleh itu dan ini...... banyak yang tak boleh daripada boleh. 

Bangunan sekolahnya dibina pada 1965. Mak datukkkkk...... Infranya jangan cakap la.... tandas macam tandas awam saja. Kalau sepuluh bilik, cuma boleh guna satu saja.... yang lain tersumbat dan lansung tak boleh digunakan. Dah la bangunan dan persekitaran yang paling teruk, tambah pula dengan peraturan yang bukan-bukan.... mau gila dibuatnya. Itulah yang terpaksa anak sulung aku tempuhi.

Berbeza sangat dengan sekolah anak yang nombor dua ni..... Persekitrannya lebih selesa dengan infra yang baik. Bilik asrama dan kelengkapan yang baik. Pendek kata, selesa......

Aku pun hairan...mengapa anak-anak yang terpilih dan dah tahu yang terbaik di seksa mental dan fizikal semata-mata untuk mencari ilmu..... Budak-budak tu terpilih daripada berpuluh ribu, tapi apa yang mereka dapat untuk mencari ilmu? Kerajaan harus sedar akan perkara ini, dan aku amat pasti yang semua ini adalah di dalam pengetahuan mereka.... Apa tindakan mereka?.....

Daripada bagi duit BR1M, hanya untuk sebahagian golongan sahaja, lebih baik la perbaiki sekolah-sekolah seperti ini. Sudah tentu amal jariah untuk orang yang bayar cukai..... Dapat pahala..... daripada bagi dekat orang yang belum tentu baik cara gunanya. Banyak yang aku dengar orang yang tak sepatutnya dapat pun dapat. 

Aku sentiasa mendoakan agar anak aku tabah dalam menghadapi keadaan ini. Semoga Allah angkat darjat anak aku tu. Belajar dengan susah payah, dibayar dengan kesenangan di kemudian hari kelak... Insya-Allah....


Tiada ulasan: