Rabu, 1 Jun 2011

Bersatu Teguh

Mungkin kita tidak nampak apa yang peliknya daripada papan iklan di atas. Mungkin ramai yang lansung tak perasan tentang wujudnya papan iklan sedemikian. Aku terpandang semasa dalam perjalanan balik ke kampung melalui jalan persekutuan, di pekan Temoh.

Pekan Temoh terletak atas sedikit daripada Tapah kalau kita dari selatan nak ke utara. Pekannya kecil sahaja dan sempit. Pekan lama..... Tak ramai orangnya dan hampir-hampir usang kedai dan bangunannya.

Setelah aku terpandang papan itu, aku mula perhatikan sekeliling kawasan Temoh ini. Memang benar seperti yang aku sangkakan. Memang banyak kawasan perkuburan cina di sekitar pekan Temoh menghala ke Kampar ini. Tidak kurang daripada lima kawasan perkuburan cina yang luas-luas belaka. Ada yang secara tradisional dan ada yang diuruskan secara profesional. Banyak terletak di sebelah kanan jalan menghala ke utara.

Terdetik di hati aku, betapa mereka ini bersatu dalam apa jua hal sehinggalah kepada perkara yang mungkin kita tak terlintas pun di kepala. Mereka bersatu dalam apa jua supaya suara mereka didengar oleh pihak yang berkaitan.

Teringat aku sewaktu mula-mula belajar berniaga dahulu. Hasad-dengki, tamak-haloba penuh di dada orang-orang melayu (aku pun malu nak mengaku 'melayu'). Bukan hendak beri semangat kepada anak muda macam aku yang mula nak berniaga ni, tetapi diugut dan dimaki takut-takut aku 'mencuri' rezeki depa. Tengok atas kepala, kopiah putih tak lekang! Agama jadi tunggangan sebagai perisai nak bagi nampak alim. Yang aku pasti, dok tengok dia tu sampai la ni dok meniaga macam tu jugak pun. Yang dulu dok kawai sangat. Semua orang tak boleh meniaga. Tak la pulak nampak kaya raya.... pakai kereta besar, duit berjuta-juta pun!

Bezanya orang yang kita kata kafir, dengan orang yang Allah bagi hati dan fikiran serta iman...




Selasa, 31 Mei 2011

Naik Lagi.........

Besok, 1 Jun 2011 maka kadar tarif letrik naik lagi. Katanya kalau guna tak lebih daripada 300kwj sebulan, tak kena kesan kenaikannya. Tapi, kita tak pernah perasan yang kilang buat mehon, kilang beras, kilang buat sabun...semuanya bukan guna 300kwj saja kot. Kilang nak buat bebola ikan pun rasanya guna letrik juga kot...... Walau pun namanya bebola ikan.... bola ikan.....

Dulu, atas keperihatinan kerajaan, bagi rebet RM20 kepada orang ramai. Semua orang kena perbodohkan saja. Kalau guna RM19.90, baik..... tak kena bayaq. Kalau kena RM20.10, kena bayaq RM20.10........ Tu dia ahhh.... kerana sekupang saja depa kutip balik yang RM20 tu...... Tak pernah ikhlas pun nak bagi.

Setahu aku, yang guna letrik RM20 sebulan ni, hanya rumah-rumah kongsi yang ada lampu kalimantang sebiji dengan peti televisyen sebuah.... Rumah kongsi ini pulak, biasaanya orang yang kerja kontrak saja, Indon, Bangla.... Veitnam........ Alangkah bertuahnya puak-puak ini sama ada 'haram' ka 'halal' ka...depa dapat la yang 'keperihatinan' kerajaan kita. Bela sungguh depa puak ni.... Rakyat kita biaq mampuih pi la......

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... Syabas 1 Malaysiaaaaaaaaaaa......

Selasa, 19 April 2011

Jajan Dulu-dulu


Mungkin ramai yang dok tanya, bunga denga buah apa ni? Anak-anak aku pun dok tanya juga nama pokok ni. Mungkin yang mak dengan bapa dia tau, tapi mai dengan anak-anak dah tak dak dah. Mungkin la ni pun dah pupuih dah kot pokok ni.

Dulu pokok ni penuh dok panjat pagaq kebun Tok Din Seho. Mai dah banyak sangat, bubuh racun 'kopi O'. Dia ni spesis menjalaq. Bila 'kelambu dia tu warna hijau, buah belum lagi masak. Bial dah kuning tu, ha..... dah masak la buah dekat dalam tu. Kalau dah ranum, warnanya oren macam tu. Kalau mengkai-mengkai, warna kuning.

Buah ni boleh makan. Nak kata besaq sangat dak la. Tapi ada la dekat besar duit sekupang kot, Bentuk dia bulat nak bujuq macam tu. Isi dia macam 'biji selasih' yang dok but ayaq sirap tu..... ada yang manis. Kalau dah lama sangat masaknya, tawaq la rasa.......

Dekat kampung dulu, masa budak-budak dok merayau sambei dok 'kendoq' lembu tu, selalu jumpa pokok ni. Tapi, la ni jarang sangat jumpa.

Ada lagi 'jajan-janan' hutan ni yang dah tak jumpa..... pokok lemba,.....pokok buah mata itik.

Kami panggei pokok ni...POKOK LETUP KELAMBU.

Isnin, 14 Februari 2011

Bila Pandang ke Langit, Rumput di Bumi di Lupa Jangan

Rezeki Allah ta'ala siapa pun tak dapat diduga. kadang-kadang kita kata rezeki, tetapi mungkin sebenarnya itu adalah ujian Allah bagi kita. Kita melonjak gembira bila dapat berita yang kita berjaya dalam sesuatu perkara atau naik pangkat. Mungkin orang lain dah bertahun-tahun memohon, tetapi kita cuma sekali sahaja. Tak ka pelik tu.....

Sambil sembang-sembang dengan seorang kawan, maka terkeluarlah cerita tentang seorang kawannya.Ada seorang kawannya, Allah telah berikannya rezeki lebih. Walau pun sama mula kerja, tapi bintangnya bersinar gemerlapan dan awal tahun ni telah dinaikan pangkat. Maka 'senyumlah sampai ke telinga'. Rezekinya....

Apa yang menariknya, tempat kerja kawan tu, ramai yang baru naik pangkat. Masing-masing tengah 'teruja' dengan jawatan masing-masing. Ramai juga kaki tangan yang di bawahnya yang tua-tua. Lagi dua, tiga tahun nak pencen pun ada. Biasa la kalau organisasi tu besar, maka ramailah tenaga kerjanya.

Yang menjadi pokok ceritanya ialah, sekarang ni, orang yang berkuasa tu masing-masing telah mula 'menunjukkan' kuku masing-masing. Tak sampai pun 2 bulan usia mentadbirnya! Siap berborang-borang bagai kalau nak katakan sesuatu. Kena tulis nombor kad pengenalan, nombor fail peribadi dan macam-macam butiran la pokoknya jika tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan daripada pihak pentadbir tu..... Hebat!

Tu la, kata kawan aku tu, mcam depa ni semua tak pernah kerja dari bawah. Mungin masa mula-mula kerja tu terus dapat pangkat. Tak pernah la nak fikirkan kembali masa depa jadi kakitangan bawahan dulu tu.......

Tu la dia hukum alam ni. Manusia macam tu. Kuasa dan wang boleh mengubah manusia. Yang alim pun tercabut serban bila dapat duit dan b***t, kata Pak Hashim!

Aku sentiasa berdoa agar aku tak lupa diri, biarlah tak dak pangkat pun tak pa, tapi aku ada ramai kawan. Kalau pangkat tinggi pun, 'kera sumbang' lebih baik tak payah......


Sabtu, 12 Februari 2011

Tinggal Kenangan


Masa balik cuti Hari Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku dengan 'angkatan tentera' mengemas rumah di Bandar Sri Astana tu. Banyak sangat batu kawinya sampai nak tanam apa pun tak boleh. Mau tak mau kena buang semua dulu batu-batu tu, baru la boleh tabuq pasiaq. Bila dah masuk pasiaq, baru la boleh akaq rumpur lekat. Nak serap ayaq. Renyah juga la kerjanya. Kerja berat!

Bila dah siap satu bahagian, aku pun pi la ambiq pasiaq dekat ban pasiaq Lubuk Batu. Selama ni dok dengaq yang ayah aku dok cerita saja banyak tanah orang dah kena 'makan' dengan ban pasiaq ni. Bila aku pi tengok sendiri, baru la terkejut! Memang betui la. Dekat dengan setengah kilometer lebih seluruh tanah dan kebun-kebun orang yang dekat dengan sungai dulu tu dah tak dak! Kebuh Sitopa dah jadi sungai! Tanah Tok Majid Kadei' pun tak nampak butir tanahnya. yang nampak hanya kawasan berayaq luas saujana mata menamdang.

Suatu masa dahulu, sungai tu sungguh cantik! Bila mai musim kemarau saja, ramai yang tunggu. Yang pi berkelah la, yang cari remeih (sejenis siput sungai), yang pi 'menembak ikan' dan macam-macam lagi. Boleh kata sungai itu 'hidup' dengan masyarakat sekeliling. Aku juga selalu ke sungai tu. Kutip pucuk paku, berkelah, 'menembak ikan' dengan Aed Tok Tom. Arwah Tok Tom ni memang kaki mengail. Pernah sekali tu aku dengan arwah adik aku ikut dia pi mengail sampai pukul 4.00 pagi. Ikan baung sungai baya-baya lengan ni jangan cerita la. Lagi satu ikan Tili. Mungkin kalau tunjuk ikan Tili tu dekat budak sekarang ni mau lari tak cukup tanah. Balik bakaq, lepas tu koyak kulit dia. Bubuh garam kunyit, goreng. Kalau arwah mak rajin, dia buat sambal. Macam daging ayang!

Dekat dengan aur buluh tepi tebing tanah Setopa tu la, Aed Tok Tom 'tembak' ikan baung besar betis! Dekat 2 kilo ada la kot. Terus bawa balik bagi dekat arwah Tok Liah. Tak lama lepas tu,
Aed pun menikah dengan Kak Yang!

Masa tu ayaq paip ni tak dak lagi. Sungai tu la tempat ambik ayaq minum dan mandi manda. Ada sorang orang tua dari KEDA Batu 10, Tok Wan Sha'ari, memang tak dapat nak tanding ilmu sungainya. Kalau dia berakit, cuma tujuh batang buluh saja. Kalau kata dia nak makan ikan baung, pakai 'tiruk', pasti baung yang kena! Masa tu pun umuq dia dah dekat 70 tahun, tapi boleh mengayuh ghe'rek lagi. Hebat betui orang tua tu.....

Itu semuanya dulu. La ni dah tak jadi apa dah..... Meluas sayup mata memandang hanya timbunan pasir atas nama pembangunan. Rakusnya manusia membinasakan bumi Allah. Memori itu terus hilang bersama butir-butir pasir bertaburan......


Selasa, 1 Februari 2011

Minyak Naik Lagi?

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
RON 97 naik dulu,
RON 95 kendian.

Ahad, 30 Januari 2011

Siapa Yang Betul?

kita sering mendengar orang cakap orang tu tak betul...orang ni tak betul, tetapi dia saja yang betul. Bila tanya orang yang dia kata tak betul tu, dia cakap pula yang sebaliknya. Bila situasi ni timbul, kita pun boleh pecah kepala nak fikir siapa yang betul!

Biasanya setiap orang yang menyatakan dia yang betul itu mempunyai alasan dan pendapatnya sendiri. Untuk mempertahankan pendapatnya inilah yang menjadikan dia benar-benar yakin yang orang lain tak betul. Begitulah sebaliknya. Masing-masing ada hak yang perlu dipertahankan mungkin untuk kepentingan masing-masing. Perkara akan jadi lebih rumit dan sukar untuk kita menentukan siapa yang betul tu apabila ada penyokong bagi setiap pendapat tu. Kalau kita nak fikirkan, mungkin kepala otak kita berserabut dan mungkin sama macam gambaq di atas!

Aku pernah mendengar satu ceramah motivasi. Kata penceramah itu, betul atau tidak sesuatu perkara itu bergantung kepada penerimaan kita berdasarkan latar masa dan kepentingan kita. Contoh; bila ketua kita botakkan kepala, kita pun ikut sama. Ketua tu kata perbuatan botakkan kepala itu adalah betul! Pengikutnya melakukan perkara yang betul. Pada masa yang sama, seorang pengikutnya tidak membotakkan kepala, sebab masyarakat di luar sana menganggap perbuatan membotakkan kepala itu adalah tidak betul. Apabila dia memberitahu hal itu kepada ketuanya, mereka menganggap pengikut tadi adalah tidak betul.

Jadi, siapa yang betul sebenarnya?............

Isnin, 24 Januari 2011

Kalut dah la nie.......


Malam semalam aku telefon orang tua di kampung. Macam biasa la, tanya habaq sambil sembang-sembang kosong. Masa dok sembang tu, dengaq bunyi mercun dalam telefon tu. Bukan main kuat lagi. meriah sungguh kalau dengaq ke bunyinya tu.

Heran juga aku, ada perayaan apa pulak. Seingat aku, baru sangat balik kampung tu, tak dak la bangsa lain yang dok mai hijrah dekat sana lagi. yang aku tau orang melayu saja dok keliling tu. Yang siam pula, nun...... jauh masuk dekat Kuala Chepiaq tu. Nak kata raya melayu yang biasanya hebat dengan bunyi mercun sampai putuih tangan segala tu, belum lagi. Nak kata cina raya, tak dak pulak cina dekat kampung tu. nak buat ubat pun tak dak. Nak kata siam raya, nak raya penamanya. Siam ni raya dia kita pun tak tau. yang taunya 'Thambun Khalai' saja.....

Bila tanya orang tu aku, baru tau, rupa-rupanya bunyi mercun tu rupa-rupanya orang dok jaga dalam kebun getah depa. Kalau tak jaga, nanti orang curi getah sekerap! Masing-masing 'berkampung' dalam kebun getah la ni! Semenjak harga getah naik mencanak ni, kerap sangat orang curi. Orang tua aku pun dah berpuluh kali dah. Last sekali, kutip susu cair tu, bekukan dekat rumah. Kalau tak buat macam tu, pakai sedekah dekat orang saja la.

Mercun tu pakat dok cucuh takut babi mai sondoi. Lagi satu nak bagi tau dekat 'kawaq' tu la yang kebun tu ada tuan dia tunggu. Kadang-kadang tu takut jugak la. Pencuri tu mai mungkin berkawan. Yang tuan kebun tu sorang saja. Nanti depa balun tak pasai la pulak.

Malam pula kena jaga getah tu takut kena curi. Kena jaga sampai subuh. Bila subuh tu, terus la motong pulak. Sampai pukui 10.00 pagi. Lepas tu cepat-cepat balik makan. Sat lagi mai pulak. Kalau tidak depa pakai cuka la pulak bagi beku, terus kutip pencuri ni. Tak dan lepa la kata orang. Tak boleh pi ke mana la orang yang motong ni! Sembahyang bang tah ke mana , berjemaah dekat masjid pun tah ke mana la..... Bila pikiaq sekali, kesian sungguh la dekat depa ni. Nak cari makan pun susah sungguh. Macam dok negara yang tak dak tamadun saja. Aku tanya la, tak dak ka polis mai dok ronda ka? Depa kata pernah la pi report bila getah hilang. Alasan polis kata tak boleh buat rondaan, anggota tak cukup. Seingat aku, alasan ni dah dekat sama masa mula merdeka dulu tu sampai ke la ni. Gaji bukan main lagi naik. Kerja apa la dekat kawasan kampung macam tu!

Ada juga yang siap tuleih nota tinggai dekat pokok getah tu, ucap terima kasih dekat tuan punya getah tu, depa 'sapu' getah tu!

Bila kita pikiaq sekali, yang buat kerja ni semuanya orang melayu kita. kebayakkannya orang kita! Curi barang orang, juai. Dapat duit beli barang makan. Kalau yang ada anak bini bagi makan anak bini. Kalau yang muda-muda tu, buat belanja makan la juga...... bukan beli makan kot. Sebab tu nak jadikan sebab, hati anak dah tepalit dengan noda hitam. Benak! Ajaq apa pun susah nak masuk. Pi sekolah pun buang 'karan' saja. Cikgu ajaq buat penat saja.

Anak-anak ni akan membesar! Jadi generasi muda. Bakal pemimpin masa depan. Agama tak 'lekat', hati jadi 'hitam' angkara benda makan bagi dek mak bapak.........

Tu la dia. Lemahnya iman anak-anak kita la ni yang tak tau halal dan haram. Kesan dia, 10 atau 20 tahun lagi.....

Kesain dekat anak cucu aku! Mungkin depa dapat pemimpin yang rasuah, maksiat, bukan ahli agama..........

Kalut..... kalut...... kalutttttttt