Ahad, 4 Julai 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Hari Sabtu yang lepas,aku berpeluang melawat ke Melaka Bandaraya yang penuh dengan kesan sejarahnya. Sedari dulu lagi, kalau mana-mana sekolah nun jauh dari utara pun akan bercita-cita untuk melawat Melaka. Murid yang dapat ikut sekali tu pun, kembang lubang hidung bila balik ke sekolah. Berkerumun budak lain nak dengaq cerita ke Melaka ni. Maklum la, berapa lama la kena ambil upah kutip sekerap nak kumpul duit nak bayaq tambang. Sebulan dua pun belum cukup nak dok cerita pasai itu. Aku ni dulu tak pernah la merasa nak melawat tempat macam ni. Mana la nak pi korek duit beratus tu nak buat tambang. Belanja sekolah pun belum tentu lepas setiap hari.

Masa dah kerja ni la baru merasa ke sana. Tu pun baru 2, 3 kali saja la. Akhir sekali, seingat aku dah 4 tahun yang lalu. Masa tu, Padang Pahlawan tu tengah dibangunkan. Berselerak dengan pasir dan simen lagi.

Sabtu lalu, bila aku sampai, dah berubah semuanya. Banyak sungguh pembahruan yang dibuat oleh Ali Rustam ni....... Pesat sungguh! Bila sampai bandar Hilir tu, dah dikelilingi bangunan yang entah bila la dibinanya.

Sedang dok perati tu, tiba-tiba ternampak sebungkah batu besar.... Ingatkan menatang apa. Rupa-rupanya tu la A Famosa! Dicelah-celah kepesatan pembangunan bandar Melaka tu, yang tinggal hanyalah seketul batu yang boleh 'ditenggek' orang untuk bergambar dan menjadi bukti yang dia telah sampai ke Melaka. Kalau tak dak batu kota tu, mampuih hidup balik pun orang tak percaya yang hang dah sampai Melaka.

Bagi aku, Melaka dan hilang "aura"nya. Melaka dan hilang "sejarah"nya. Melaka dah hilang nilai "estetika"nya.

Aku bukan cedik pandai. Aku tak dak ilmu perancangan bandar. Aku bukan ahli kaji sejarah. Aku cuma rasa hairan, mengapa tidak boleh sekitar kota itu "dibiarkan" macam dulu-dulu. Bawalah bangunan yang cantik, tersergam indah tu ke tepi sedikit. Biarlah anak cucu kita tahu sejarah negara nanti, jika kita leka dengan kemasyhuran, kekayaan dan tamak akan kuasa, maka tak terlawan takdir Allah ta'ala. Menjadi hambalah bangsa kita lebih daripada 400 tahun lamanya.

Tiada ulasan: