Isnin, 28 Jun 2021

Tutup Kilang ! ...Tutup Kilang ! ...Tutup Kilang !

Setiap hari kita disajikan dengan statistik Covid-19 daripada seluruh negara. Kalau bukan daripada media arus perdana, ada saja daripada  kawan-kawan kita yang rajin untuk sama-sama mengingatkan kita tentang pandemik ni. 

Ada seorang sahabat aku tidak pernah gagal untuk hantaq dalam group data ni setiap hari. Aku selalu tengok mukim tempat aku tinggal ni saja. Tak pernah pun turun sejak 2, 3 minggu ni. Hari ni saja kes baharu 63 kes. Kes yang dalam tempoh 14 hari tu, jangan la tanya ...beratus-ratus. Mukim Serendah ni adalah penyumbang terbesaq dalam daerah Hulu Selangor bagi kes kumulatif setiap hari. 

Bila sebut saja kluster baharu, yang pastinya tak pernah tertinggal ialah kluster kilang. Dan ...sudah tentu ramai dalam kalangan kita dok kata ...apa la kerajaan ni ...masjid tak boleh pi ...kilang boleh buka ...masjid 6 oran saja ...kilang beratus orang. 

Semua orang boleh beri pendapat. Semua orang boleh bercakap ...ikut pemahaman dan pandangan masing-masing. Siapa yang dengaq pula ...kena la berfikir dengan kebijaksanaan, baru boleh dapatkan kesimpulannya. 

Mungkin aku punya pendapat lain daripada orang lain. Setanding la dengan tahap pemikiran aku ni yang lekeh ni. 

Bagi aku, setiap mulut perlu disuap. Bila perut berlapik makanan, in shaa Allah otak boleh berjalan ...berfikir untuk meneruskan kehidupan. Kalau perut dah lapar, bukan satu tapi 4, 5 mulut, kita pun kadang-kadang hilang pertimbangan. 

Bagi aku, sepatutnya, pekerja-pekerja kilang yang pendapatan mereka bawah RM2,000 sebulan ni yang divaksinkan dahulu. Bukan golongan warga tua. Selepas barisan hadapan frontliner ...bagi dekat depa ni dulu. Sebab, mereka perlu bekerja untuk kelangsungan hidup ...mereka bekerja untuk menyara keluarga dan bila mereka dapat bagi makan dan minum, maka sebahagian tanggungjawab kerajaan dah selesai. Tak perlu lagi bakul makanan. 

Kalau kilang tutup ...berapa banyak mulut yang tak boleh disuap? ...berapa lama kilang tu boleh tahan kalau tak ada produk untuk dijual sedangkan gaji kena bayaq? Macam mana kitaran ekonomi nak berlaku kalau tidak ada aktiviti jual beli ...tak ada duit untuk berbelanja?

Orang kata ..nyawa penting ka ...ekonomi yang penting. Bagi saya ...kita ada pilihan. Kita buat pilihan yang terbaik agar tidak ada yang tertinggal dan untung semua pihak. Yang dikejar dapat, yang dikendung masih ada. 

Tiada ulasan: