Jumaat, 11 Jun 2021

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

 Dengan pandemik Covis-19 sekarang ni, akronim PdPR tidak asing lagi untuk semua orang terutama yang ada anak-anak di bangku sekolah. Ramai yang tahu kaedah pelaksaannya. Memang kelam kabut masa mula-mula diperkenalkan dahulu. Bukan sahaja murid-murid, cikgu sendiri pun pening kepala. Ada cikgu yang terpaksa beli laptop second hand untuk buat PdPR ni. Sebelum ni dia sembang pung pang pung pang, lap top pun tak dak. Kalau nak guna komputer, nak isi markah ka ...nak buat kerja online ka ... berebut dengan Pembantu Tadbir di pejabat sekolah. Haahh la ni baru depa ketahuan. Habis belah tabung buluh beli laptop. 

Macam-macam kajian dijalankan oleh pihak KPM untuk memastikan PdPR ni relevan dan boleh diguna pakai mengikut situasi sekarang. Kita pun tau ...dalam socmed pernah keluar cerita ada murid yang terpaksa panjat pokok dan buat run untuk belajar. Masalah talian internet dan tidak kurang pulak yang tidak mempunyai peranti untuk mengikuti PdPR tersebut. Memang kecoh gilerrr masa tu. Ibu bapa pun merungut kerana terpaksa bagi anak-anak guna untuk PdPR dan data depa habis nak layan drama Korea. Walau bagaimana pun. akhirnya kita dah tahu hasilnya. Walaupun murid-murid kita belajar cuma lebih kurang 82 hari daripda 192 hari, Kalau kita tengok dan mengikut analisis KPM, pencapaian anak-anak  di kawasan luar bandar lebih baik daripada kawasan bandar. Maksudnya sekarang ni, dah tercapai la hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar.  keputusannya adalah yang terbaik daripada lima (5) tahun yang lepas. Siapa kata PdPR tak berjaya? ...siapa kata PdPR tu kelam kabut ...dah terbuktikan ???

Berbalik kepada murid-murid yang berada di kawasan luar bandar ditambah pula dengan pendapatan yang kurang atau sekarang ni lebih terkenal dengan gelaran B40 telah menjadi tumpuan utama kepada kerajaan. Justeru itu, PM telah umumkan bantuan peranti untuk golongan ini semasa membentangkan ransangan budget tahun lepas. Selepas tu senyap sekejap perkara ni sehinggalah mantan menteri pelajaran yang disuruh letak jawatan tu 'bertanya' balik perkara ni. Maka, sekali lagi berlaku kelam kabut pihak berkenaan untuk edarkan peranti tu. Maka, pihak KPM keluarkan senarai nama penerima berdasarkan data yang mereka ada. Perlu diserahkan kepada kumpulan sasaran sebelum PdPR 14.06.2021 ni bermula. Katanya jumlah peranti yang akan diedarkan kepada berjumlah 14k rasanya. Katanya ini adalah projek rintis. Kalau berjaya, akan di sambung untuk tahun-tahun berikutnya. Maka dalam keadaan PKP lockdown ni jugalah sekolah kena uruskan. 

Salah sebuah sekolah kawan aku terpilih untuk program ni. Alhamdulillah. Ramai juga yang terima. Jadi berlukus tungkuslah cikgu-cikgu sekolah tu uruskan. Maka pada hari yang ditetapkan,  diedarkanlah kepada semua yang berkenaan. Semua ibu bapa telah dimaklumkan lebih awal sebagai langkah persediaan memandangkan situasi sekarang. 

Oleh kerana setiap yang hadir perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan, maka jadual telah dikeluarkan untjuk memudahkan ibu bapa berurusan. Ada yang sangat menghargai pemberian tersebut dengan ucapan terima kasih berkali-kali. Walau bagaimana pun, sampai satu peringkat, cikgu-cikgu terpaksa bawa peranti ke rumah-rumah untuk diserahkan kepada murid-murid berkenaan. Bila ditanya "..kenapa tak datang untuk ambil?" jawapan yang diteima " ...tak perasan la cikgu' ' ... ouhh kena datang sekolah ambil yaa?' ' ...ingat kejap-kejap lagi nak la pergi'. Macam-macam jawapan dengan alasan helah bela diri yang boleh dikatankan ' ...tidak menghargai' apa yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa ada tanggungjawab berkaitan dengan peranti tersebut. Pagi-pagi lagi cikgu penyelaras dah berikan panduan untuk urusan berkaitan tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang respon dan ambil tindakan. Selebihnya cuma bluetick saja mesej ..tapi tak ada apa-apa tindakan pun. 

Bila difikirkan sekali, betapa bertuahnya anak-anak tersebut berbandingkan dengan kawan-kawan mereka yang sangat memerlukan komputer tu, tetapi ibu bapa berada di dalam ketegori M40. Tak semua M40 mampu menyediakan komputer untuk anak-anak mereka. 

Masa program Komputer 1 Malaysia dulu pun pernah berlaku perkara seperti ni. Ada satu keluarga tu, dapat sampai 3 unit, sedangkan dari segi pembelajaran anak-anaknya agak kurang. Jadi, komputer tu hanya digunakan untuk main 'game' saja. Ada jirannya terpaksa ke pusat internet untuk mendapatkan bahan-bahan nak belajar. 

Rasanya, pihak sekolah lebih afdal untuk menyelesaikan perkara seperti ni ..sebab ' Hanya Jauhari Mengenal Manikam"






Tiada ulasan: