Khamis, 15 Ogos 2024

Kita Dah Terlewat atau Masa Terlalu Cepat Berlalu

 Dah lama sangat tak menulis di sini. Banyak suka dan duka sepanjang tempoh lebih kurang 3 tahun aku menyepi. 

   Bertukar tempat kerja, ayahanda kembali ke rahmatullah dan lain-lain yang semestinya tidak akan kembali lagi. Umur semakin pendek. Jenis ubat semakin bertambah. Itulah sifat ‘baharu’ yang tidak kekal.

   Kerja semakin rencam. Hidup semakin mencabar. Ingatan semakin lemah. Hari ni ingat, besok dah lupa. Mata semakin kabur. Rambut semakin kurang. Sebelum tidoq, macam-macam nak buat esoknya. Pagi esok dah lupa apa yang nak buat.

   Allahu akhbar …. Sempatkah aku …cukup sudah ka bekalan aku … semoga Allah  merahmati hidup aku, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga aku. 


Tiada ulasan: