Heboh cerita tentang Cikgu Azizan ...Cikgu yang kena saman dan diseret ke mahkamah kerana dikatakan telah melempang seorang murid tahun 5 sehingga berbekas di pipi dan dinasihatkan oleh doktor untuk buat laporan polis. Kes telah disebut di mahkamah pada bulan Oktober yang lalu, dan pada 29.12.2017 telah dibicarakan. Walau bagaimanapun pihak Pejabat Peguam Negara telah memohon kes tersebut dibuang. Cikgu Azizan di tuduh di bawah seksyen 323 KK ...dengan niat mendatangkan kecederaan. Jika didapati bersalah hukuman maksima boleh dipenjarakan setahun dan denda (...tak pasti jumlahnya). Alhamdulillah ...Cikgu Azizan telah dilepas tanpa dibebaskan. Maksudnya, jika ada bukti baharu berkaitan kes ini,k Cikgu Azizan boleh ditahan semula tanpa waran.
Ramai yang memberikan pandangan dan pendapat masing-masing dalam perkara ni. Ramai yang jadi lawyer dan hakim yang pastinya tidak bertauliah dan ada pengetahuan tentang undang-undang. Ramai yang memberikan pendapat ...sekadar pendapat dengan pengalaman dan latar kehidupan masing-masing.
Aku tak ada ilmu tentang undang-undang ... aku juga tak dak ilmu tetang psikologi kanak-kanak. Cuma sekadar baca dan pengalaman yang ada membesarkan anak-anak.
Baru-baru ini balik Kedah. Balik seminggu... tinggaikan kereta dan motor dekat tempat parkir. Kawasan kuarters rumah aku ni ada pengawal keselamatan. Walaupun sekadar wujud, yang pada pendapat aku la ... 1000 kali lebih baik Napel yang jadi guard di kawasan perumahan dekat Bukit Rawang tu daripada guard tempat aku ni, tapi, kalau dah tak ada rotan, akar pun jadilah ... Pada masa cuti sekolah ni, ramai penghuni yang balik kampung, bercuti dan sebagainya ...tinggai la beberapa kerat sajak budak-budak yang dok main dalam kawasan kuarters tu.
Petang semalam, masa isi minyak motor, terperasan yang tutup injap motosikal aku dah tak dak. Biasanya yang pakai tubeless ni .. pakai tudung aluminium injapnya. Depan dan belakang dah hilang! Masa sampai di rumah, tengok dekat tayar kereta, memang keempat-empat penutup injap kereta hilang.... yang sebuah tu memang cantik penutupnya sebab masa tukaq tayar baru-baru ni ...